Qalam Sufi

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarokatuh....


Hari ni tetiba rajin nak cipta lagi satu blog hehehe.... kalo dulu blog lama ana al-muqorrobun.blogspot.com terkandung di dalamnya soal hukum hakam agama, pengetahuan am, nasihat dan macam-macam lagi....kali ni blog baru ana yang bernama 'Sajidul Asyikin' pula memuatkan luahan hati, coretan yang terpendam dan hati dan minda, serta ingin berkongsi ilmu yang ana ada selama ana berada di fakulti Usuluddin Kolej Islam Darul Ridzuan.


Ana ini hanyalah insan lemah yang seribu satu dengan kesalahan dan kesilapan dan harapan ana jika ada yang ana salah harap dibetulkan dengan teguran yang membina. Ilmu itu milik Allah, kita sebarkannya sebaik mungkin untuk dimanfaatkan bersama.


Ana sebenarnya suka sangat melukis, ana bercadang ingin turut serta memuatkan karya-karya ana di blog ini...^^ 
Maklum le...ana tak suka lukisan ana ini digantung di dinding rumah....hanya untuk tatapan sahaja.....


Sekian saja coretan ana sebagai muqaddimah bagi blog baru ni.....Sekian, Syukran ^^